-->

Pages

SOALAN LAZIM

Pesakit yang datang dan buat appoinment selalu menanyakan soalan-soalan ini;.....

1) Berapa lamakah tempoh satu rawatan?
Tempoh rawatan adalah bergantung ke atas keadaan badan dan penyakit tuan / puan..

2) Berapa kos urut sejam?
Kita cas 1 rawatan fix price / harga tetap untuk satu sesi rawatan sehingga selesai rawatan untuk 1 sesi. Tiada istilah RM$$ / Jam. Sila refer:  https://pusatterapializdihaar.blogspot.com/p/rawatan.html untuk harga rawatan.

3) Bolehkah wanita urut lelaki atau lelaki urut wanita?
TIDAK BOLEH sama sekali. Kami menggunakan kaedah perubatan Islam yang mengikut syariat Islam. HANYA DARURAT ATAU EMERGENCY yang melibatkan NYAWA / KESELAMATAN sahaja akan di bantu perawat berlainan jantina.
CONTOH KES HISTERIA ; Perawat Lelaki dengan ALAS SARUNG TANGAN membantu untuk mengawal rasukan dan gerakan agresif Pesakit Wanita yang membahayakan orang sekeliling.

4) Siapakah Perawat yang akan merawat saya?
Setakat tahun 2017 hingga 2019 ni PENGASAS PUSAT TERAPI AL-IZDIHAAR sendiri yang merawat setiap pesakit kecuali Perawat Jemputan dari Pusat Rawatan lain yang dijemput pada waktu yang memerlukan.

5) Siapakah PENGASAS Pusat Terapi Al-Izdihaar?
Pengasas kita adalah Pasangan Suami Isteri iaitu Master Aznil & Master Aisyah.

6) Bolehkah saya WALK IN ke Pusat Terapi Al-Izdihaar?
Boleh jika perawat ada Slot Kosong pada ketika itu.

7) Berapa hari sebelum untuk saya buat temu janji dengan Pusat Terapi?
Di nasihatkan anda buat sekurang-kurangnya sehari awal atau 3 hari sebelum hari yang ingin anda datang untuk rawatan. Pesakit yang kritikal akan di dahulukan daripada yang lain.
* Pesakit yang menghubungi kita last minute atau dalam waktu terdekat boleh masuk slot kosong yang terdekat.

8) Kenapa guna ais batu dalam rawatan?
Ais atau air sejuk dapat membantu memulihkan tisu atau otot pada anggota badan yang bengkak. Ais juga dapat menguatkan sistem imun dan tulang anda.

No comments:

Post a Comment

kenapa kena urut badan

Mengurangkan Stres dan Meningkatkan Relaksasi Sentuhan terapeutik semasa urutan merangsang pengeluaran hormon seperti endorfin dan serotonin...